Tuesday, July 26, 2011

Mencari Ladang Strawberi Di Kuala Lumpur

Mencari Ladang Strawberi Di Kuala Lumpur

Jika dicari memang tidak ada ladang strawberi di sekitar Kuala Lumpur, Malaysia. Pokok strawberi perlukan cuaca yang sejuk bagi pembesarannya. Selain di Cameron Highland, Pahang yang sememangnya terkenal dengan ladang Strawberi di Malaysia, terdapat ladang strawberi di Genting Highland, Pahang yang tidak jauh daripada Kuala Lumpur.

Itulah matlamat kami kali ini. Bagi mencari buah-buah strawberi yang merah masak ranum untuk dimakan dengan dicelup dengan cokelat cair. Nyum-nyum. 

Maklamat kami adalah untuk melawat ladang strawberi di puncak Genting. Bukan setakat ladang Strawberi malah ada ladang cendawan, Kebun bunga dan cafe untuk menikmati hidangan berasaskan strawberi. Fuh memang best.

Jadi apa lagi jom kita ke sana. Untuk ke sana sila rujuk alamat dibawah ini.

Genting Strawberry Leisure Farms

Genting Strawberry Leisure Farms Sdn. Bhd. (839816-K)
No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2, 
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur. Malaysia.
Tel: + 603-6100 1121
Fax: + 603-6100 1135

Services Lines
Tel: + 603-6100 1152

dan laman web ladang strawberi ini :-


Rujukan perjalanan kami dan dikongsikan dengan anda.

Google Map untuk Genting Strawberry Leisure Farms


GPS Coodinate

3.39885, 101.76655 
+3° 23' 55.86", +101° 45' 59.58"

Rujukan Foursquare


Rujukan Gowalla



Saturday, October 10, 2009

Melayari Internet Dengan Selamat Untuk Anak-anak

Melayari Internet Dengan Selamat Untuk Anak-anak

Bagi tujuan melindungi pelayaran Internet anda dan anak-anak anda, perkara berikut boleh dilakukan sebagai langkah-langkah perlindungan.

(1) Sila lawat http://safesurf.perempuanmelayu.info/ untuk pelbagai artikel dan panduan keselamatan Internet.

Jangan lupa bookmark ....

(2) Gunakan borang carian Google di laman web http://safesurf.perempuanmelayu.info/ untuk carian yang selamat untuk kanak-kanak. Ia telah dikonfigurasi untuk menggunakan teknologi Google SafeSearch. Ia tidaklah 100% berkesan, namun ia mampu mengasingkan kebanyakan laman web tidak bersesuaian.

(3) Anda perlu menggunakan kemudahan DNS OpenDNS http://www.opendns.com/ . Anda perlu daftar dan tukar konfigurasi kepada alamat ip OpenDNS. Anda juga perlu tukar maklumat akaun anda di OpenDNS untuk menapis laman web lucah.

Jika anda di pejabat. Kerja-kerja penapisan lebih mudah dengan menggunakan OpenDNS.

Satu lagi kemudahan DNS sebegini adalah ScrubIT http://www.scrubit.com/

(4) Perisian pelayar Internet Mozilla Firefox telah menyediakan koleksi add-ons dalam Firefox bagi tujuan keselamatan pengguna kanak-kanak di Internet.

Anda perlu muat turun dahulu Mozilla Firefox.

http://www.mozilla.com/

Selepas memasang pelayar Internet ini, sila tuju ke blog ini untuk maklumat lanjut add-ons yang perlu dipasang.

Family Organizer Firefox Add-ons Collection
http://safesurf.perempuanmelayu.info/2009/10/family-organizer-firefox-add-ons.html

Gabungan pelbagai langkah-langkah diharapkan dapat menghindar anak-anak anda daripada melawat laman web tidak bersesuaian.

Yang penting adalah tanggung jawab anda untuk sentiasa memeriksa apa yang dilawati. Gunakan kemudahan "History" untuk memeriksa laman-laman web yang dilawati dan pastikan anda sentiasa memerhati apa yang berlaku di skrin komputer anak anda.

Lagi Artikel untuk rujukan

http://blog.perempuanmelayu.info/2007/07/safe-surf.html

Tipswanita.com di Facebook
http://www.facebook.com/pages/Tipswanitacom/103694647063

Tindakan Hadapi Penyakit A H1N1 Selsema Babi (Swine Flu)
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/08/tindakan-hadapi-penyakit-h1n1-selsema.html

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

The Fibrocystic Breast
http://blog.perempuanmelayu.info/2009/08/fibrocystic-breast.html

Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/10/bacaan-untuk-pasangan-suami-isteri-yang.html

Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau hantarkan email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, tips dan nasihat di

http://blog.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita.com, Noorjannah.com dan Perempuanmelayu.info

12 Oktober 2009

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita.com, Noorjannah.com dan laman Perempuanmelayu.info

http://www.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Portal Tipswanita Untuk Wanita Malaysia
http://www.tipswanita.com/

Pakej Template Blog dan Laman web Murah
http://studi07.blogspot.com/

Monday, December 1, 2008

Menjaga Sistem Penghadaman Anda

Menjaga Sistem Penghadaman Anda

http://www.tipswanita.com/Health/Menjaga_Sistem_Penghadaman_Anda/

Buang air sama ada kecil atau besar, berpeluh dan bernafas merupakan proses dalam badan manusia bagi membuang toksin-toksin yang tidak dikehendaki. Saluran penghadaman sepanjang 9 meter merupakan jalan utama bagi pembuangan sisa-sisa pepejal dan toksin yang turut meliputi saluran usus kecil dan besar.

Usus besar memainkan peranan sebagai tempat simpanan akhir bagi makanan yang tidak dihadam oleh usus kecil. Himpunan sisa makanan ini perlu dikeluarkan dengan segera kerana ia boleh menjadi sisa toksin kepada badan. Perut buncit merupakan tanda-tanda peningkatan sisa-sisa makan dalam usus manusia.

Seperti paip air yang semakin tersumbat begitu juga dengan usus badan manusia apabila semakin meningkat usia, sisa makanan akan tertinggal dan berkumpul dalam usus manusia. Malah ia turut melibatkan tanda-tanda seperti sembelit, rasa sebu perut, tidak hadam, nafas berbau, badan berbau, kulit tidak bermaya dan cepat penat.

Untuk membuat ukuran perut sama ada buncit atau tidak adalah dengan menggunakan formula ratio ukuran pinggang dan peha. Dapatkan ukuran pinggang dalam centimeter (cm) dan ukuran peha juga dalam cm. Bahagikan ukuran pinggang dengan ukuran paha.

Sekiranya hasil bahagi adalah melebihi 0.95 bagi lelaki dan 0.85 bagi perempuan. Maka ia menunjukkan anda buncit.

Bagi mengurangkan ukuran perut, permakanan perlu dijaga. Menambahkan pengambilan fiber atau serat merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan aliran keluar sisa makan keluar dari badan. Sila rujuk link dibawah untuk makluman tentang fiber

http://wanita.perempuanmelayu.info/articles/fiber.php

Tanpa fiber atau serat dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu permakanan kita.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan punca fiber yang utama dan sering diabaikan. Pengambilannya bukan sahaja menjadi sumber fiber malah ia adalah langkah yang baik dalam meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Kajian telah mendapati pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran 5 ke 9 hidangan sehari mampu meningkat taraf kesihatan malah ia sepatutnya menjadi asas utama menu pemakanan.

Selain dari fiber mengambil susu probiotics (susu kultur) boleh meningkatkan bakteria baik dalam usus manusia. Ini membantu proses penghadaman dan mengurangkan toksin bakteria tidak baik dalam usus manusia. Ia turut mengelakkan masalah sembelit dan cirit-birit.

Air merupakan unsur utama dalam membuang toksin dan menlancarkan proses penghadaman. Pastikan anda sentiasa minum air kosong lebih kurang tujuh gelas sehari.

Bersenam sepatutnya menjadi asas utama bagi penjagaan kesihatan. Dengan bersenam bukan sahaja mengeluarkan peluh yang membuang sisa toksin malah senaman membuat sistem penghadaman sihat dan aktif. Senaman merupakan unsur sihat yang membuat aliran makanan dalam perut bergerak dengan baik dan ini membantu proses penghadaman. Memang terdapat pendapat, selepas makan digalakkan berjalan-jalan bagi memudahkan perjalanan makanan yang sedang dihadam.

Tidur yang cukup waktu malam adalah penting bagi badan. Tidur membolehkan badan menjalankan kerja-kerja membaiki badan dan juga membuang sisa toksin. Minum air masak sebelum tidur bagi membantu proses buang toksin.

Ambil langkah untuk mengurangkan stres dan tekanan hidup. Stres boleh menyebabkan gangguan kepada perut dan saluran penghadaman. Senaman adalah antara cara untuk mengurangkan stres dan tekanan hidup.

Ringkasnya :-

- Lakukan program buang toksin selama 7 hari untuk mendapatkan hasil yang baik.
- Pilihlah program buang toksin yang membersihkan usus dan menyihatkan hati.

Rujukan lain

Nyah Toksin Badan Anda
http://blog.perempuanmelayu.info/2006/05/nyah-toksin-tubuh-anda-detox-your-body.html

Tomato Sebagai Sumber Anti Oksidant
http://blog.perempuanmelayu.info/2007/06/tomato-sumber-anti-oksidant-yang.html

Kempen Makan Nasi Separuh
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/kempen-makan-nasi-separuh.html

Fiber Satu Keperluan Badan Yang Diabaikan
http://blog.perempuanmelayu.info/2006/05/fiber-satu-keperluan-badan-yang.html

Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau hantarkan email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, tips dan nasihat di

http://blog.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita Noorjannah.com dan laman perempuanmelayu.info

29 Nov 2008

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

http://www.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Direktori Artikel Untuk Wanita Melayu dan English
http://www.tipswanita.com/

Archive artikel sebelum ini

Persediaan Untuk Wanita Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html

Tuesday, November 18, 2008

Ujian Penglihatan Jarak Dekat


Ujian Penglihatan Jarak Dekat

Carta Penglihatan Dekat boleh dimuat turun dalam bentuk PDF di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita/files/mata/

atau

http://groups.google.com.my/group/tipswanita/files

dengan nama fail ujian-mata-dekat.pdf

  • Besarkan Muka Surat ini zoom 100%
  • Uji pada jarak 40 cm
  • Uji sebelah mata satu persatu

Jika anda tidak dapat melihat barisan terakhir,
sila dapatkan pemeriksaan doktor.

Sumber carta : Sebaran Diabetik Retinopati, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ia telah disalin menggunakan “scanner” dan mutu tidak dijamin sebaik cetakan atas kertas. Ini hanya untuk pengetahuan amm dan demo sahaja dan tidak boleh dijadikan ukuran sebenar.

http://www.tipswanita.com/

Barisan barisan terakhir sepatutnya dibaca
NZNRFCTV

-----

Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di


http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

18 Nov 2008

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis
Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

http://blog.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

Archive

http://www.tipswanita.com/Health/Ujian_Penglihatan_Jarak_Dekat/

Wednesday, October 29, 2008

Ayat-ayat Cinta Buat Pohon Cinta

Ayat-ayat Cinta Buat Pohon Cinta

Tiada apa yang dapat diertikan pada sebuah cinta. Umpama pohon pokok, kusemaikan dari benih rindu, ku siram dengan air mata kasih dan ku baja dengan belaian kasih mesra. Lalu kuharap ia tumbuh membesar menjadi pohon rendang yang daunnya adalah ayat-ayat cinta kita. Pohon yang menjadi tempat dirimu berteduh hingga akhir nanti.

Pohon cinta akan sentiasa membesar, akan sentiasa bertukar ganti daun-daun yang kering, gugur dan berganti dengan ayat-ayat cinta yang lebih romantik.

Suburnya pohon cinta kita adalah tanggung jawab kita berdua. Kita siram ia dengan air mata rindu dan kasih, kita belai ia dengan kemesraan dan saling memahami, kita saling berteduh dan mengharap pohon cinta kita akan terus kekal berdiri buat kita berteduh. Biarlah ribut, biarlah kemarau, biarlah salju, namun akar tunjang kesetiaan akan memastikan pohon cinta ini terus hidup hingga akhir nanti.

Ayat-Ayat Cinta (Rossa)

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung

Ku pertaruhkan


Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita

Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta

Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung

ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita

Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta

Ketika ku bersujud




Tuesday, October 14, 2008

Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung

Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung

http://www.tipswanita.com/Family/Persediaan_Untuk_Wanita_Yang_Ingin_Mengandung/

Artikel ini ditulis sebagai garis panduan awal sahaja kepada wanita yang ingin mengandung. Nasihat terbaik adalah daripada doktor. Buatlah temujanji bersama pasangan anda, sebaiknya, sebelum lagi anda ingin mendirikan rumah tangga. Banyak persediaan memerlukan persiapan awal lama sebelum mengandung.

Jadikan pertemuaan dengan doktor mengenai mengandung sebahagian daripada persediaan perkhawinan.

Usaha untuk mengandung bukan setakat hubungan seksual atau mengetahui hari subur wanita. Permakanan dan kesihatan perlu diambil berat dan perhatian.

Lagi tips untuk wanita di http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita atau hantar email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com untuk mendapatkan email terhad tips dan artikel untuk wanita masa kini.

*** Persediaan Minda ***

Persediaan minda perlulah daripada awal. Apabila disebut sahaja mengandung ia boleh menimbulkan stres dan tekanan kepada pasangan suami isteri.

Mengandung dan mempunyai anak adalah satu perubahan besar dalam hubungan suami isteri.

Jangan Stres dan tertekan. Tiada sekolah boleh mengajar anda tentang mengandung dan anak-anak melainkan diri anda sendiri. Belilah buku-buku yang bersesuaian, tanyalah pada ibu bapa anda atau pasangan-pasangan lain. Baik dan buruk, anda dan pasangan anda perlu nilaikan. Ambil yang baik dan pelajari daripada yang buruk untuk menjadikan anda dan suami anda lebih baik dalam perkara ini.

Memang benar apabila anda lihat keluarga dan anak-anak, memang nampak kelam-kabut, hiruk-pikuk, susah payah, penat lelah mengejar, tidak tidur malam, bertekak, menjerit dan pelbagai lagi.

Akan tetapi ia diubat dengan senyum anak-anak, ketawa mereka, kata-kata I love u baba dan I love u mama, Sayang ayah dan sayang ibu, sayang ayah dan sayang ummi dan sayang mami...

Tiada apa dalam dunia boleh membayar semua itu.

Usaha untuk mengandung juga tidak boleh stres dan rasa tertekan. Hubungan seks sepatutnya satu perkara indah suami isteri. Ada isteri yang cepat mengandung dan ada isteri yang mengambil masa sehingga bertahun-tahun. Tiada kekurangan bila mula mengandung. Jangan paksa diri hanya kerana orang sekeliling bertanya. Bagi masa.

Jangan stres dan tertekan. Ingat ya, semakin stres dan tertekan semakin susah untuk lekat ... Pergilah bercuti dan berjalan-jalan tempat-tempat cantik dan melegakan. Tidak perlu jauh-jauh, dalam Malaysia ini banyak tempat menarik.

http://travel.songketmail.org/

Usaha untuk mengandung adalah usaha bersama dalam keadaan tenang dan indah ...

Ada pasangan suami isteri perlu mengambil keputusan menangguh dahulu rancangan mengandung. Perkara ini perlu dibincang bersama sebaik-baiknya. Apabila anda mendirikan rumah tangga dan melakukan hubungan seks suami isteri. Badan seorang wanita mula bersedia untuk mengandung.

Bagi penulis, walaupun belum ada bukti saintifik hanya berdasarkan pemerhatian, ia boleh membuat badan wanita merajuk, apabila merancang untuk menangguh dahulu untuk mengandung. Merajuk ini mungkin sekejap, mungkin lama. Sebab itu penting, wanita perlu menjaga kesihatannya. Sekiranya menangguhkan masa untuk mengandung, janganlah kesihatan yang melibatkan permakanan yang menyihatkan. Makan multi vitamin dan sayur-sayuran.

Bagi penulis, cara memujuk, jika lambat mengandung, adalah dengan membaca buku-buku mengandung, berbincang secara terbuka dan tenang dengan suami tentang mengandung, mengambil permakanan yang sesuai untuk ibu mengandung seperti susu ibu mengandung dan kaitkan diri dengan perkara-perkara mengandung boleh memberi isyarat kepada badan wanita untuk bersedia untuk mengandung.

Malah ada petua, hubungan seksual untuk tujuan mengandung perlu dimulakan dengan persediaan awal. Pilihlah hari yang sesuai, iaitu hari wanita dijangka subur, pilihlah tempat yang sesuai dan selesa, cukup rehat dan yang penting nyatakan dengan kata-kata sepanjang hari hubungan seksual malam ini untuk mengandung.

dan sekiranya usaha untuk mengandung itu lebih daripada dua tahun, atau bila-bila masa pun jika merasa risau. Berjumpalah dengan doktor anda atau berhubungan dengan LPPKN.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
http://www.lppkn.gov.my/

Jangan lama berasa kecewa, sekiranya gagal mengandung. Lepaskan rasa kecewa itu dan usahakan semula.

*** Perubahan Fizikal ***

Apabila wanita melakukan hubungan seksual ia juga adalah isyarat kepada diri wanita itu sendiri, untuk bersedia untuk mengandung. Antara perubahan adalah buah dada mula membesar dan merasa badan mula naik, perubahan ketara dirasa di punggung dan paha. Perubahan itu ada sebabnya.

Buah dada bersedia untuk menyusu bayi. Penambahan saiz bahagian punggung dan paha adalah himpunan lemak baik, atau DHA yang akan digunakan dalam membentuk otak bayi dalam kandungan. Perubahan dan persediaan yang perlu dilakukan awal sebelum rancangan mengandung. Ia mengambil masa untuk badan wanita mengumpulkan jumlah khasiat yang diperlukan. 3 ke 4 bulan sebelum mengandung, permakanan tambahan seperti multivitamin, susu dan makanan sihat perlu dimulakan.

*** Permakanan Tambahan ***

Ini turut bermaksud, bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga, 3 ke 4 bulan sebelum hari bersejarah, wanita sudah perlu besedia mengambil permakanan tambahan seperti multi vitamin dan susu untuk ibu mengandung.

Ya jangan malu untuk bersedia. Walaupun belum sampai masa, minum susu untuk ibu mengandung menyediakan wanita untuk mengandung. Bukan sahaja untuk kesihatan bayi dalam kandungan malah untuk kesihatan ibu.

Susu ibu mengandung bukan sepatutnya diambil sewaktu mengandung, malah ia sepatutnya diambil sebelum mengandung lagi. 2 3 bulan sebulan mengandung dan sehinggalah selepas bersalin. Pengambilan susu untuk ibu mengandung selepas bersalin memastikan anak yang menyusu badan masih terus mendapatkan khasiat yang diperlukan.

Penekanan perlu dibuat untuk zat-zat berikut sewaktu mengandung.

Asid folik yang penting untuk pembentukan saraf bayi dalam kandungan terutamanya saraf tunjang, bulan pertama kandungan itu lagi saraf mula dibentuk. Sebab itu pengambilan asid folik ditekan sebelum mengandung. Ia mampu mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang tulang bagi bayi dalam kandungan. Oleh kerana asid folik tidak disimpan lama dalam badan, maka pengambilan berkala perlu dilakukan. Kebanyakan roti dipasaran telah ditambahkan asid folik bagi tujuan ini.

*** Kalsium ***

Kalsium diperlukan oleh ibu. Bayi dalam kandungan mendapatkan kalsium daripada ibunya sepanjang masa dalam kandungan. Akibatnya ibu akan mengalami ketegangan urat kaki, sakit gigi gusi dan risiko tulang rapuh bila meningkat usia. Mengambil kalsium daripada awal membolehkan badan membuat simpanan awal dalam tulang dan ia turut membantu menguatkan tulang. Minum susu dan jika anda yang tidak selera dengan susu, pil kalsium boleh didapati difarmasi.

*** Zat besi ***

Sewaktu mengandung kandungan darah dalam diri ibu bertambah daripada jumlah biasa. Penambahan ini meningkatkan permintaan terhadap zat besi, salah satu faktor bagi pembentukan sel darah merah darah. Ambillah permakanan yang kaya dengan zat besi.

Asik Folik, Zat Besi dan DHA memang telah tersedia dalam susu untuk ibu mengandung dan multi vitamin.

*** DHA ***

Bagi wanita yang ingin meningkatkan kandungan DHA dalam simpanan badan, makanlah minyak ikan sama ada dalam bentuk pil atau cecair. DHA banyak terdapat dalam minyak ikan. Ada terdapat pelbagai jenama pil dan cecair minyak ikan yang bersesuaian. Tanyalah farmasi bagi minyak ikan yang sesuai untuk ibu mengandung.

*** Elakkan Kacang Soya ***

Terdapat kajian di Britain, mendapati, sekiranya wanita ingin mengandung, elakkan pengambilan soya sewaktu hari-hari ingin bersama.

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita/message/98

Terdapat bahan dalam soya (genistein) mengganggu sperma daripada berenang menuju ke telur wanita.

Lain-lain artikel menarik

Kempen Makan Nasi Separuh
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/kempen-makan-nasi-separuh.html

Elakkan soya jika mahu mengandung
http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita/message/98

Aromatherapy untuk seks yang memberahikan
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/aromatherapy.html

Lingerie Seksi Ghairah Suami Perlukah suami minta ?
http://www.tipswanita.com/Woman/lingerie_seksi_ghairah_suami_Perlukah_suami_minta_/

Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

Pelbagai artikel, tips dan nasihat seks di

http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

05 Sept 2008

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

http://blog.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Direktori Artikel Untuk Wanita Melayu dan English
http://www.tipswanita.com/

Archive

http://geocities.com/tipswanita/blog/index.html

Monday, August 4, 2008

Menjaga Mata Anda

Menjaga Mata Anda

Dari mata turun ke hati. Kepentingan mata kepada kita terlalu penting kerana ia adalah deria utama bagi aktiviti harian kita. Kehilangan kemampuan mata boleh menimbulkan pelbagai masalah, antaranya low myopia, high myopia dan amblyopia (lazy eye).

otot Cilinary yang mengawal kantat mata menegang sewaktu melihat objek-objek dekat manakala ia akan mengendur sewaktu melihat objek-objek jauh.

Aktiviti-aktiviti melihat objek-objek dekat membuat otot mata ini menjadi penat dan ia boleh menyebabkan mata menjadi rabun. Usia tua turut melemahkan otot mata dan menjadikan penglihatan semakin rabun.

Penjagaan awal adalah penting. Mata perlu sentiasa direhatkan selepas melakukan aktiviti yang melibatkan objek-objek dekat seperti menggunakan komputer, membaca buku dan pelbagai lagi.

Sebagai contoh rehat setiap 45 minit selamat 10 minit sewaktu penggunaan komputer. Rehat dengan tidak lagi melihat komputer atau membaca apa-apa dokumen. Alihkan mata kepada pandangan jauh yang dapat mengendurkan otot mata. Pandangan jauh seperti pokok-pokok hijau, warna-warna bangunan yang jauh dapat melatih mata berehat.

Lain-lain langkah penjagaan mata yang perlu diambil.

Gunakan kaca mata hitam yang disahkan dapat melindungi mata daripada sinaran ultra unggu daripada cahaya matahari yerik. Tidak semua kaca mata hitam boleh melindungi mata ultra unggu, pastikan kaca mata hitam anda disahkan. Pendedahan lama cahaya matahari terik terhadap mata boleh menyebabkan katarak dan lain-lain masalah mata.

Jangan sesekali melihat secara terus matahari. Walaupun dengan penggunaan kaca mata hitam ia masih merbahaya.

Makan makanan berkhasiat dan seimbang. Betacarotene yang kemudian ditukar kepada vitamin A adalah perlu untuk mata. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna kuning dan oren mengandungi betacarotene dan vitamin A sebagai contoh carrot dan oren. terdapat juga pil betacarotene yang boleh dibeli di farmasi. Pastikan ia daripada bahan-bahan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Buah Bilberry didapati dapat mengekalkan kesihatan mata terutama waktu malam. Bilbery bermanfaat untuk mereka yang bekerja melibatkan penglihatan halus dan terperinci seperi pelajar yang kuat membaca, juru terbang, mereka yang tugasan perlukan tumpuan kepada komputer dan pemandu yang bekerja memandu malam.

Sekiranya habuk masuk ke dalam mata. Jangan gosok mata kerana ia boleh menyakitkan mata.

Lakukan pemeriksaan mata apabila menhadaapi masalah membaca atau melihat. Pemeriksaan tahunan perlu dilakukan kepada anda yang berumur 40 tahun ke atas.

Bagi anda yang berumur 60 tahun ke atas, tanyalah doktor anda tentang Age-Related Macular Degeneration (AMD). Ia adalah penyakit yang mengurangkan keupayaan makular pada selaput retina mata. Pengurangan ketajaman mata, visi tumpuan tengah dan AMD merupakan penyakit utama bagi golongan tua.

Maklumat lanjut boleh hubungi

Hospital Mata Kebangsaan Tun Hussein Onn
Lorong Utara B
P.O Box 514, Jalan Sultan
46760 Petaling Jaya
Tel : 03-7956 2522
Fax : 03-7956 1741

http://www.thoneh.com/index.html

http://www.dromoz.com/directory/place/?id=762

Anda juga boleh mencuba alternatif kepada rawatan mata, antaranya

The Bates Method
http://www.thebatesmethod.com/

EyeRelax2
http://www.energiehealthcare.com/


Plus Us With Google Plus +1